Friday, September 18, 2009

KELAS ORIENTEERING DI MAKTAB PDRM CHERAS, KL PADA 12/9/2009

Salam pada semua pembaca blog saya dan di ucapkan ribuan terima kasih atas kesudian tuan/puan untuk membaca dan seterusnya memberi apa-apa komen dan saya amat menghargainya. Pada tanggal 12/9/2009 pada jam 0800hrs bertempat di Maktab PDRM Cheras, Kuala Lumpur kami kelas PLK PDRM semester 7 telah diajar oleh EN. Hisyam Che Mat tentang :-
1. Sejarah Orienteering
2. Cara-cara menggunakan kompas
3. Membaca peta
4. Menggunakan punches
5. Control card
6. Control flag / marker
7. Control description
8. Whistle
9. Objektif orienteering
9. Pen merah

Sejarah orienteering bermula di negara Scandinavia nineteenth century dan mula-mulanya sebagai latihan peperangan dan sampailah pada 1919 orienteering ini telah dilahirkan di Sweden sebagai pertandingan sukan. Bapa orienteering ialah Ernst Killander pada awal 30an di mana telah mendapat kompas baru yang membuatkan navigation bearing lebih tepat dan cepat. Adik beradik Kjellstrom , Bjorn dan Alvan serta kawannya Brunnar bertanggungjawab dengan penggunaan kompas baru dan Bjorn juga bertanggungjawab dalam membawa orienteering ini ke US.
Cara-cara menggunakan kompas telah diajar oleh En.Hisyam iaitu dikehendaki mengenal apa itu baseplate, direction of travel arrow, index line, magnetic needle, moveable housing, orinetinng line, orienting arrow, degree dan magnifying lens.
Membaca peta , mula-mula mesti utarakan peta dahulu selepas itu baru cari bearing tempat mana yang nak di sasarkan dengan mula-mula buat tiga segi dan seterusnya simbol bulat dan selesai 2 bulat simbolnya.
Punches digunakan apabila sampai di checpoint yang ada control flag dengan punchkannya ke control card yang telah disediakan dan dikehendaki berjaga-jaga dengan control flag yang palsu.
Control card telah di beri contoh oleh En. Hisyam dimana terdapat pada kad tersebut nama persatuan di atas sekali contoh( PERSATUAN ORIENTEERING MALAYSIA (MOA) )dan di bawahnya terdapat Nama :_______________________
No________________________ Tarikh____________________________ Landasan___________________________ dan di sebelahnya ada petak
TAMAT_____________
MULA______________
MASA______________
dan disebelahnya ada keratan seperti Nama, No, Landasan, Tarikh dan Tandatangan dan peringatan setiap penyertaan adalah tanggungjawab dan risiko sendiri dan pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kemalangan atau apa-apa pun perkara yang tidak diingini berlaku.
Control flag adalah bertanda di peta dengan bulat dimana tergantung seperti box-kite macam frame dan ianya terbahagi kepada 2 warna oren di sebelah atas dan putih disebelah bawah.
Control description pula ianya ada terdiri daripada SIRI____________
CONTROL CODE: dan DESCRIPTION. Contohnya no siri : 1 dan control code :333 serta description : tiang lampu
Whistle adalah untuk kecemasan dimana kalau ada yang sesat atau apa-apa yang tak diingini berlaku dikehendaki semua peserta meniup wisel untuk pihak penganjur menghantar kumpulan penyelamat ke tempat mereka itu.
Pen merah ialah untuk menanda apa-apa petunjuk didalam peta.
Objektif orienteering adalah mendapatkan basic skil tentang tanah navigation tentang peta dan menambahkan kecergasan fizikal , berjaga-jaga dan menjaga kebersihan dan struktur alam sekitar dalam keadaan baik , dan tahu tentang pertandingan yang biasa.
Kami pun di arahkan oleh lecturer untuk membuat orienteering dan navigation sendiri dimana setiap kumpulan terlibat dengan bearing sekurang-kurangnya 200m ke 250m dengan setiap bearing 20m ke 50 m langkah. Semua navigation lokaswinya di Maktab PDRM Cheras. Kumpulan saya Gunung Kinabalu telah menghabiskan masa dalam 11minit 52saat.
Final orienteering akan di adakan pada 30/9/2009 , jam 0830 hrs bertempat di Bukit Cerakah Shah Alam semua peserta akan di uji tahap kecekapan masing-masing menggunakan kompas dan peta, sesiapa yang sampai dahulu akan diistiharkan sebagai pemenang.Diharap semua pelajar PLK PDRM dapat menghadiri pada final orienteering kerana ini akan mengambil
kira markah individu untuk carry mark exam nanti.Sekian selamat berjaya.

Sunday, September 6, 2009

ABSEILING(DESENDING) PADA 5/9/2009 JAM 0830 PAGI DI TINGKAT 11 BANGUNAN KEJURUTERAAN UITM SHAH ALAM.







     Assalamulaikum dan salam sejahtera kepada semua yang singgah sebentar di kawasan rehat mencari ketenangan, agar dapat memberi rehat dan input yang secukupnya kepada anda semua, inshaallah.
     Pada 5/9/2009 , hari sabtu terpahatlah lagi satu sejarah buat aku, dimana kelas PLK PDRM akan menjalankan aktiviti abseiling,   tak sangka akan membuat semua kerja2 ini so  apa2 saya akan hadapinya dengan tabah, semua pun nampak  nervous juga  jadi bersabarlah banyak2. Sebagai penghulu saya akan mengetuai team PLK  PDRM dahulu supaya yang lain akan rasa confidence.
     Pada jam 0800 pagi sampai di bangunan kejuruteraan dan naik ke atas untuk membantu Feci2 dan pelajar2 degree memasang rope dan berlatih  desending  sebelum turun betul2. Sebelum membuat apa2 aktiviti kita di kehendaki membuat stretching dan membaca doa  dahulu agar perbuatan kami ini akan di jauhkan dari apa2 malapetaka yang tak diingini berlaku.
Setelah memakai peralatan untuk abseiling seperti memakai seat harness(dgn carabiner dan figure of eight), waist harness utk kami yang berbadan perkasa, helmet, rope yang diikat (boweline) serta glove.
     Apabila sampai giliran , setelah Hema dan En. Hafiz  membuat demo, maka mengucaplah banyak2 kerana apa2 pun boleh jadi, sebab mula2 tak ada confidence utk turun, tapi saya bertekad utk tidak menunjukkan perasaan takut, so dengan tidak membuang masa lagi saya pun naik melangkah pagar dan lepaskan tali safety yang bewarna merah dan kangkang kedua-dua belah kaki dan kini telah tergantung sepenuhnya pada safety line dan belay on.
     " Saya Mohd Fauzi Mohd Noor minta kebenaran untuk turun  "  itulah kata2 akhir daripada saya untuk turun abseiling dengan L shape dan semasa desending my dominant right hand memegang tali yang control brake dan my left hand tali safety line.  Memang cuak juga mula2 tapi bila dah buat dan rasa , jadi macam puas sesangat sebab tak sangka akan berjaya melakukannya.
     Rasa macam nak buat lagi, tapi keadaan tak mengizinkan di mana rasa penat dan pewai sebab puasakan dan cuaca pula panas giler, memang haus dan kering tekak, tapi kena sabar bebanyak semuanya ini dugaan. Sesudah semua selesai maka kami beratur semula , taklimat di ambil oleh En. Hisyam dan bersurai untuk hadir kelas En. Ali di fakuilti FSR. Inilah sahaja cerita2  yang telah saya mengalaminya, semuga pengalaman ini takkan dilupakan sampai mati.