Saturday, October 24, 2009

KESIMPULAN PENGAJIAN REKREASI LUAR SPS 133

      Alhamdulillah kita dah sampai di penghujungnya dan ini adalah rangkuman kesemua cerita-cerita tentang aktiviti-aktiviti yang telah
dijalankan bermula dengan Pulau Kapas pada 14/8 - 20/8/2009 sebelum bulan puasa tiba, di mana kumpulan kami PLK PDRM telah bergabung dengan kumpulan degree. Mula-mula ceritanya kami amatlah tertekan dengan sikap En. Malim yang mengambil taklimat dengan torture dan pressure yang kami terima telah membuatkan kami betul-betul teruji keimanan tetapi apa yang di buatnya semuanya membawa makna yang banyak dan terselindung . Justeru itu, jikalau sayalah di beri peluang untuk mengendalikan kem ini maka saya mungkin akan mengikut jejak langkah dan perbuatan yang sama , mungkin lebih teruk lagi, kerana bukannya senang hendak mengawal dan mengendalikan peserta-peserta yang mempunyai latarbelakang yang berlainan dan perlakuan yang berbeda-beda.
     Acara-acara seperti, ice breaking, keyakinan diri di dalam laut, berkayak, orienteering , belajar knotting, snorkeling, muhasabah diri satu hari satu malam banyak membawa  erti di dalam kehidupan kita ,  betullah apa yang Encik Hisyam buat dan jadualkan telah membuahkan hasil yang bermutu tinggi yang mana  saya tidak akan melupakan kenangan ini.
     Seterusnya, abseiling pada 5/9/2009, jam 0830 pagi bertempat di bangunan kejururawatan yang bertentang dengan bangunan kejuruteraan di mana kami telah membuatnya  di dalam bulan puasa  di mana acara ini telah menguji kekuatan dan keimanan serta kewibaan kami .  Perasaan takut dengan ketinggian dan sedang berpuasa lagi telah membuatkan saya sedaya upaya cuba mengatasinya dengan rasa gayat tidak saya hiraukan dengan saya mula-mula menawarkan diri membuatnya , setelah membuatnya barulah saya tahu yang acara-acara ini telah membuatkan kita merasai yang diri kita ini telah betul-betul anggun dan dari segi zahirnya kuat dari semua segi, tanpa orang-orang tahu yang kita ini bukannya orang yang sebarangan kononnya.  
     Seterusnya acara orienteering pada 12/9/2009, jam 0900 pagi bertempat di Taman Pertanian Cahaya Seri Alam , satu lagi pengalaman yang tidak dapat di lupakan di mana saya telah mendapat tempat pertama di mana acara ini telah menguji stamina kami kesemuanya iaitu cross country orienteering dengan terpaksa berlari untuk pergi dari satu check point ke satu check point.
     Low rope dan ujian knot pada 10/10/2009 jam 0900 pagi adalah tugasan seterusnya, kerja-kerja mengikat tali seperti criss cross, postman high performance walk, monkeys cross , forward tension travers telah kami buatnya dengan jaya sekali dan ujian knotting seperti bowline,  double fisherman knot, double figure of eight, clove hitch, reef knot, double boweline.  Sungguh teruji betul acara-acara yang di buatkan,  inilah kesempatan yang saya tidak dapat lupakan , di mana pengalaman yang tidak dapat di beli.
     Dan akhir sekali  acara flying fox yang di jadualkan  pada  24/10/ 2009 lokasinya di belakang kolam renang, di mana kami telah mempelari lagi satu acara extereme yang mana menurun dari kawasan tinggi ke rendah dengan menggunakan tali kernmantel dan pulley serta carabiner, sling, harness .  Inilah  yang telah menguji kami walaupun perasaan gementar menyaluti kami , praktikal ini harus dijalankan demi untuk mendapatkan pengalaman dan menghabiskan  pelajaran yang kami belajar di dalam course sps 133, dan kini kami telah berjaya menamatkan rekreasi luar ini dengan jayanya dan bangganya, terima kasih yang teramat banyak kepada pensyarah kami iaitu Encik Hisyam dan anggota-anggotanya kumpulan PERLU di mana tanpa anda maka kami tidak akan dan tahu sepandai ini tahu membuat semua ini, terima kasih sekali lagi.

FLYING FOX PADA 24/10/2009 JAM 0830 DI BELAKANG KOLAM RENANG.








     Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog dan dimana sahaja anda berada semuga semuanya di doakan dalam keadaan sihat hendaknya. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah kepada teman kami iaitu saudara Riduan yang mana beliau telah di kurniakan cahaya mata yang pertama merupakan anak lelaki dan semuga semuanya berjalan lancar dan baik adanya .
     Pada hari ini 24/10/2009 saya dan kawan-kawan peserta kursus Diploma Sains Sukan PLK PDRM dan E-PJJ telah membuat flying fox yang mana tempatnya dibelakang Kolam Renang.  PERLU telah membantu membawa peralatan seperti tali(kernmantel) , harness, figure eight, carabiner, pulley, glove, helmet, sling, tali pembantu untuk menarik tali utama dan tali keselamatan, guni-guni , alas untuk meletak semua peralatan dan lain-lain lagi. Bantuan telah di beri oleh kami untuk memasang dan mengikat tali (kernmantel) dari pokok yang perdunya besar di atas bukit belakang kolam dan di sambungkan ke hujung pokok satu lagi yang mana jaraknya lebih kurang 100 meter.
     Ingatkan senang nak memasangnya tetapi memerlukan kerjasama yang betul tidak berbelah bahagi kerana kalau tidak tegang tali maka melendurlah tali itu maka jatuhlah kami ke bawahlah  , jadi kerjasama memerah keringat jantan perlu untuk menegangkan tali supaya misi ini tidak gagal.  Bayangkan daripada jam 0830 sehingga jam 1100 barulah kami selesai mengikatnya.   Apabila semuanya selesai maka sampailah masa untuk kami memulakan acara yang di nanti-nantikan, di mana di kehendaki memakai harness untuk bergantung di atas tali(kernmantel) dan tali safety line juga telah diikat bersama tali utama.
     Macam biasa Encik Hisyam akan memanggil semua peserta-peserta untuk di beri taklimat ringkas tentang bagaimana cara untuk menggunapakai dan cara untuk naik flying fox ini, dan setelah taklimat selesai macam biasalah doa mesti dibacakan untuk mendoakan perjalanan acara ini agar berjalan dengan lancar dan sukses. 
     Acara ini sangat-sangat  extereme dan adventure tetapi saya tidak merasai takut macam acara abseiling, kerana saya pernah melaluinya dahulu.  Itu yang selamba je sebab dah pernah buatlah kononnya, walaupun begitu saya masih macam individu yang lain juga semuanya mesti ada debarannya.  Terima kasih di ucapkan kepada Encik Hisyam dan kumpulan PERLU yang banyak menolong kami untuk menjayakan subjek rekreasi luar ini semuga ianya akan memberikan kami satu pengalaman baru dan ilmu yang tidak terhingga nilainya, hanya Allah sahajalah yang akan membalas budi baik anda semua.
     Setelah semuanya selesai membuat flying fox maka sampailah masanya untuk kami mengemaskan semula dengan membuka semua ikatan-ikatan dan mengulung serta mengaturkan semula semuanya untuk di hantarkan ke setor FSR.   Kami selesai semuanya pada jam 1230 tengahari dan masing-masing kepenatan tetapi merasakan amat puas sesangat kerana telah menghabiskan semua acara - acara rekreasi luar yang telah di jadualkan. Syukur alhamdulillah kerana semuanya selesai dengan jayanya dan kini kami sedang menanti tarikh akhir peperiksaan rekreasi luar ini pada 8 November 2009, pada jam 1415, hari Ahad. Saya sebagai ketua kelas PLK PDRM mengambil peluang di kesempatan ini untuk mengucapkan selamat mengulangkaji pelajaran dan mengambil peperiksaan dengan jayanya. Amin. 
       

Saturday, October 10, 2009

LOW ROPES COURSE DAN UJIAN KNOTTING PADA 10/10/2009 DI BELAKANG KOLAM RENANG UITM.


   Salam kepada semua pembaca blog, saya ingin berkongsi  cerita dengan sekalian di mana pada 10/10/2009 pada hari Sabtu jam 0900hrs kami pelajar PLK PDRM telah mengambil bahagian di dalam acara Low ropes dan ujian knotting yang di ambil oleh En. Hisyam. Kami bermula dengan ujian knotting dengan pemilihan nama-nama di ambil oleh Encik Hisyam sendiri.  Selepas kumpulan pertama mengambil ujian,giliran  kumpulan kami pula untuk ujian seterusnya, saya boleh membuat ujian-ujian tersebut iaitu reef knot, boweline, double figure of eight, double fisherman, clove hitch dan bonus double bowline di mana saya tidak dapat membuat clove hitch kerana terpaksa ikat di kayu dan lagi satu doubke boweline yang mana saya terikat satu knot sahaja.
      Selepas ujian knot, kami memulakan kerja-kerja low rope dengan kumpulan saya membuat postman high performance walk, kumpulan lain terdiri daripada monkey cross , criss cross dan  forward tension travers. Setelah di terangkan tentang cara-caranya kami pun mengambil tali untuk membuat assignment masing-masing dengan secepat mungkin, di mana kumpulan saya telah siap di dalam masa 45 minit.
       Arahan yang di terima adalah jikalau mana-mana pelajar yang terjatuh , kesemua kami di kehendaki untuk mengulangi semua perbuatan mengikut gilirannya.  Walaupun begitu kami , terpaksa berhempas pulas menjayakan misi ini kerana  markah yang di cari adalah daripada acara-acara yang telah disediakan oleh Encik Hisyam.
      Memang penat kerana menyiapkan dan  mengikat tali-tali mengikut jenis-jenis low ropes.   , dan selepas itu kami pun memulakan tugasan yang di beri dengan seorang demi seorang menghabiskan acara -acara itu kami masing-masing menjadi spotting untuk tidak mahu mengulangi lagi acara-acara tersebut, ini yang memberi semangat kepada kami untuk meneruskan perjuangan dan seterusnya mendapat markah-markah yang terbaik sekali.
       Walaupun nampak mudah tetapi low ropes ini sebenarnya interesting dan mencabar , jadi kepada sesiapa yang tidak membuatnya tidak akan merasai apa-apa , tetapi kami ini yang telah melaluinya merasakan amat enjoy dan berasa amat puas dan berilmu di dalam acara ini.  Setelah semuanya selamat membuat course low ropes ini,kami pun membukanya semula dan mengikat tali yang di beri dan di masukkan ke kereta untuk di bawa balik ke setor FSR.   Inilah serba sedikit cerita yang terkandung di dalam kursus low ropes ini semuga kami akan mengingatinya selalu kerana banyak manfaatnya dari segi pembelajaran outdoor rekreasi yang mana  menitik beratkan semangat kerja sama daripada semua pelajar-pelajar dan memerlukan komitmen yang tinggi sekali, dan akhir kata  berjumpalah  kita di blog yang seterusnya.

Thursday, October 1, 2009

Orienteering pada 30/9/2009 jam 0930 di Taman Pertanian Malaysia, Bukit Cahaya Seri Alam, Shah Alam, Selangor

     Pada hari Rabu , 30/9/2009 jam sepatutnya 0830 bermulanya orienteering cross country ini  telah bertukar ke 0930 disebabkan hujan  turun dengan lebatnya di sekitar Kuala Lumpur dan Shah Alam, jadi rancangan yang telah di atur lebih awal telah di bawa ke hadapan.  Namun semuanya berjalan dengan lancar setelah hujan berhenti , dengan En. Hisyam telah mengambil taklimat dan menunjuk ajar cara bagaimana perjalanan orienteering ini dan di bantu oleh  staff- staff PERLU. Kami akan memulakan cross country orienteering dengan 10 check point semuanya. Mula-mula rasa kekok juga untuk memulakan orienteering ini, tapi apabila telah mendapat input-input dan tunjuk ajar , saya memahaminya dengan rasa penuh keyakinan kerana dengan petunjuk-petunjuk yang di beri saya  dapat merasakan  dapat menghabiskannya dalam  masa 2 jam.  Sebelum itu kami membuat stretching supaya dapat mengelak apa-apa kecederaan atau cramp serta kejadian yang tak diingini berlaku.
          
     Kehadiran kelas saya tidak mencukupi dengan sepenuhnya , kerana Apai , Rosmawati  dan Riduan ada masaalah dan tugas masing-masing , justeru itu cuma kami 15 orang pelajar PLK PDRM sahaja yang hadir untuk  menyahut cabaran En. Hisyam. Setelah utarakan peta ,  kami  bermulalah  dengan Sarpiah  mendahului dan seterusnya pelajar yang lain  berselang 3 minit  seorang dan sampai giliran saya pada jam 1009 dimana saya telah diberi kompas , score kad, peta dan description untuk memulakannya dengan pergi ke peta utama untuk mencatitkan 10 check point.

      Bermula dengan check point nombor 1 kod kawalan 548 Pondok Basikal  dimana saya tidak menggunakan kompas lagi kerana tidak ada bacaan bearing yang di beri jadi saya cuma bergantung pada peta sahaja  lalu mencari dan telah  menjumpainya  checkpoint yang pertama, dan punch pada score kad tersebut dan seterusnya ke check point nombor 2 kod kawalan 326 iaitu  lokasinya Surau yang mana tidak jauh dari situ.   Rasa amat seronok dan gembira kerana  telah dapat menjumpai  check point-check point , inilah yang  telah membuatkan saya begitu bersemangat sekali untuk mencari check point yang seterusnya iaitu  nombor 3 kod kawalan 333 Taman Haiwan(Taman Rusa).  Selepas itu ke nombor 4 kod kawalan 87 Kolam di mana saya telah merasakan keletihannya ,  di kehendaki menaiki bukit yang tinggi dan dengan  keberatan membawa beg galas dan pouches, membuatkan saya mengambil keputusan meringankan beg galas dengan membuang air yang di bawa kerana ianya telah melambatkan pergerakan saya, justeru itu saya terjumpa En. Hisyam di check point ke 5 kod kawalan 781 Simpang (Empangan Air Kuning) lalu menyerahkan beg galas kepada nya dan membawa dengan saya cuma sebotol air mineral sahaja .

     Saya meneruskan acara orienteering ini  dengan berlari untuk menuju ke destinasi  nombor 6 kod kawalan 280 Taman Orkid dan ke nombor 7  kod kawalan 351 Taman Cendawan(Menara) di mana kod kawalan ini mempunyai dummy yang terletak mula-mula adalah 315 yang betul-betul adalah di tingkat atas sekali, di sini kita harus berhati-hati kerana jika hendak cepat atau keletihan kita mungkin terpedaya, sebab nombornya mengelirukan.  Dari Taman Cendawan saya menuju ke Rumah 4 Musim  check point  nombor 8 kod kawalan 28 yang  mana tidak jauh lokasinya, setelah itu saya ke check point nombor 9  kod kawalan 78 Paintball dan akhir sekali  check point no 10 kod kawalan 84 Rumah Idaman .  Ini telah menyemarakkan saya untuk menghabiskan acara ini dengan mengikuti laluan Taman Koko  dan seterusnya ke penamat dalam masa 1 jam 45 saat di mana Rino telah sampai dulu daripada saya, jadi sudah tentulah saya jatuh  nombor 2, tetapi tak mengapalah kerana saya yang berusia 42 tahun  dan ini tidaklah begitu jauh ketinggalan dengan orang yg berumur 20 an.

     Selepas itu seorang demi seorang sampai dan akhirnya ke semua kami telah dapat menamatkan acara  cross country orienteering ini dengan jayanya.  Keputusan rasmi siapakah pemenangnya di istiharkan oleh  oleh En. Hisyam yang mana  acara untuk wanita telah di menangi oleh Hariati  kedua oleh Yusani dan ketiga Normala dan lelaki pula  telah di menangi oleh saya ( Fauzi), ini berlaku kerana Rino pada check point 7 kod kawalan 351 Taman Cendawan ( Menara) telah punch yang dummy iaitu  kod kawalan(315). Saya tidak menyangka perkara ini berlaku , kerana saya jangkakan potongan  masa sahaja, tetapi  dia di ambil tindakan disqualified terus, jadi tempat kedua jatuh pada Khairul dan ketiga kepada Haron.  Memang penat rasanya tetapi saya merasa  amatlah enjoy kerana pengalaman kali  pertama  ini  adalah secara individu dan  tidak akan saya lupakan, kerana  acara ini penuh dengan debaran dan cabaran. Sekian sahaja coretan saya ini, semuga mendapat komen-komen yang membina dan kutukan yang membina.