Saturday, August 29, 2009

Pada 29/8/2009 belajar cara-cara menggunakan alat ABSEILING daripada En. Hisyam b. Che Mat di Maktab PDRM Cheras

Assalamualaikum kepada semua viewer dan salam sejahtera kpd yang bukan islam, bertempat di Maktab PDRM Cheras, pada hari ini pensyarah kelas PLK PDRM sem. 7 telah di ajar teknik-teknik yang betul untuk menjalankan aktiviti abseiling yang kan di jadualkan pada minggu depan lokasinya di bangunan jurutera yang mempunyai 11 tingkat dan kami akan menurun drp tkt tersebut, " mak datok tingginya, saya ni gayat tinggi, tapi apa boleh buat nak marks kenalah juga lakukan, dimana kami ada di tunjukkan gambar2 dari student yg lepas, fuhhhhhhhhh tarih nafas panjang, coz what tingginyaaaaaaaaaaaaaa, ni kena mengucap panjang2 dulu sebelum turun, bukan apa saya tak pernah buat pun kerja2 mcm ni. Turun tangga adalah, apa pun " kena berpegang pada pepatah iaitu kalau "alang-alang seluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan" iaitu out door di Pulau Kapas dah so mau tak mau kena finish this mission so that orang lain tak boleh nak auta kita, iaitu kelentonglah. Banyak alat2 yang perlu di gunakan iaitu Harness(2.2KN), carabiner, sling, figure 8(decender), tali yang belum monopause( rope), grigri, glove, helmet, ATC ( mcm decender juga kerjanya) , guni untuk lapik tali.
En. Hisyam telah membuat demo cara2 menggunakan semua equipment yang saya sebutkan tadi, wow nampak betul2 adventure coz this task need to be real security and safety -kena betul2 di ambil kira kalau tidak, naya lah, minta2 semuanya berjalan dengan lancar dengan diiringi doa, AMIN.

Sunday, August 23, 2009




Gambar-gambar kenangan di Pulau Kapas pada 14/8 - 20/8/2009
















Aktiviti-aktiviti seperti berkayak, water confidence, Orientering,survivor, mencari harta karun dan belajar knot dan anduh serta abseiling

Saturday, August 22, 2009
































































































































































































































































































































































Gambar-gambar di Pulau Kapas dan sambungan cerita perkhemahan di sana

Saya terlupa nak masukkan nama Fecilatator iaitu Cik Farah, jgn marah ye dan utk kerugian item-item yg di laut tu kami amatlaH BERSIMPATI so kami kelas PLK PDRM telah membuat donation setakat yang kami mampu dan shukur alhamdulillah ada seorang hamba Allah yang menderma banyak so saya ucapkan ribuan terima kasih kepada beliau.

Gambar-gambar kenangan di Pulau Kapas

Sambungan perkhemahan di Pulau Kapas pada 14/8 - 20/8/2009

Banyak yang telah kami pelajari drp perkhemahan ini di mana kena water level confidence di tengah-tengah laut dan orientering iaitu membaca kompas untuk mencari check point2 ( bearing) dan kena berjalan merentasi hutan Pulau Kapas , di mana kumpulan Diploma semuanya berjaya sampai di lokasi masing2 dan pulang dengan jayanya. Acara seterusnya ialah berkayak mengelilingi Pulau Kapas dan snockling serta capesiaza(terbalikkan kayak dan naik semula ke kayak) saya telah pandai berkayak dan tidak takut lagi dengan air di sebabkan water confidencelah so saya TELAH BERJAYA snockling dan capesiaza dimana saya dengan partner saya Sharifah Nor berjaya menolong kumpulan lain kerana En. Hisyam memberi tempoh masa di mana mula2 kami telah gagal untuk naik semua dalam tempoh yang di beri, so second chance in 8 minutes kami telah berjaya naik semula ke kayak dengan semangat berkumpulan, akhirnya sukses juga dan berkayak pulang ke campside. Sebelum itu , malam semalam kami telah di beri tugasan mencari harata karun dengan lagu lemak manis yg mana di kelolakan oleh Lenny and the degree geng, di mana kumpulan saya (kumpulan 4) telah berjaya memenanginya dengan kumpulan yang pertama sampai dengan harta karun tersebut pada jam 0305 pagi.
Sampai di Campside saya telah melaporkan kepada Pensyarah bertugas iaitu En. Norasuddin yang kami kesemuanya 24 orang telah selamat pulang dengan jayanya dan berjaya melakukan kayak, snockling dan capesiaza dan bersedia untuk program seterusnya. Mendapat tahu drp En. Hisyam kena beratur untuk acara seterusnya pada jam 1600hrs. Tepat jam 1600hrs arahan di ambil oleh Cik Yazila iaitu survivor di dalam hutan dengan hanya berbekalkan 2 air mineral, satu kanvas 2x4 meter, satu lampu suluh, satu paket kecil beraqs, 2 ubi kentang, satu biji telur, sedikit kopi, sedikit garam, 5 batang mancis, kain pelikat utk sembahyang, sejadah, baju hujan atau baju sejuk dan sebilah parang. ARAHAN YANG DI TERIMA cuma boleh beergerak dalam linkungan 20 meter depan, belakang,kiri dan kanan dan di beri kod rahsia ( LINTAH BATU).
Kumpulan saya (kump. 4) telah di tempatkan di belakang rumah biru iaitu saya , Kamisah, Sharifah Nor Dan Norazlina. Mula-mula kami membersihkan kawasan dan memasang kanvas sebagai bumbung dan mengambil daun2 sebagai alas untuk tidur selain baju hujan. Saya membuat rotation tugas senteri untuk menjaga keselamatan masing2. Selepas itu pergi cari kayu kering untuk menghidupkan unggun api di 4 penjuru kami. Dalam pada itu ada satu generator sedang hidup, amatlah bvising sekali sampai tenggelam bunyi hutan, tapi bila nak tgh malam ada orang telah switch off kan generator tersebut dan kala itulah bermacam-macam bunyi telah saya dengar. Yang peliknya api yang kami hidupkan tadi yang cantik semaraknya telah di padamkan, mengapa jadi begini? so saya pun mengipas nya bagai separuh gila, tapi padam semula, yang tiga perempuan tadi telah pun tidur, jadi saya terpaksa menggunakan lampu suluh untuk menerangi kawasan dan ketika itulah saya ternampak bayang budak tengah mengintai kami, naik bulu roma saya, tetapi sayA DIAM SAHAJA kerana takut mereka ini nanti cabut lari. Saya pun banyak membaca ayat kursi so tak delah di kacau lagi until morning.
Pada paginya saya telah masuk ke rumAH BIRU TERSEBUT UNTUK mengambil papan buat alas untuk tidur di sebelah rumah biru tersebut dan bila tidur ada sahaja yang mengacau macam ada orang berjalan dekat saya dan membuatkan saya terkejut selalu, ini yang membuatkan saya tak jadi tidur semula. Kami survive dengan memakan isi dan air kelapa kering yang terdapat di tempat 20 meter dari tempat kami. Saya ada membuang air kecil di sekitar rumah biru tersebut tetapi saya ada meminta izin dengan "TABIK DATOK ANAK CUCU TUMPANG KENCING" ini yg di ajar oleh mak saya masa kecik2 dulu, Alhamdulillah saya taklah di ganggu oleh apa2 anasir yang mempunyai niat jahat terhadap kump. kami. so lapar dan dahaga jangan cakaplah, memang haus dan lapar gila ketika itu hanya Allah sahaja yg tau. Bila muhabah diri macam ini mulalah teringat macam2 , iaqitu teringat kat maklah dan keluarga, memang mencabar betul jati diri ini, sampailah EN. HISYAM SAMPAI - ada bertnyakan tentang kisah sedih yang menimpa saya dan ahli kump. berlinang air mata berceritakan tentang kisah mak dan famili saya dulu2, selepas itu kami balik ke camp side untukmakan bubur dan membuat persiapan jamuan makan malam barbeque dan persembahan drp kumpulan2, selesai jam 0100 pagi balik ke khemah untuk berkemas.
Pada esoknya berkemas untuk pulang, dengan jatuhkan khemah masing2 dan khemah pusat serta membuang semua sampah sarap dan membersihkan kawasan keliling. Tepat jam 1015 pagi bot marin telah sampai , jadi kami pun loading semua barang2 dqan beg2 ke bot dan sampai di Jeti Chendering, di mana lori polis dan bas sedang menunggu untuk balik semula ke KL dan UiTM Shah Alam. Setelah berpeluh-peluh kami singgah di IPD Marang untuk mandi manda dan solat, selepas itu bergerak balik sampai paDA JAM 0200 PAGI 20/8/2009 di Pulapol KL. pENGALAMAN YANG DAPAT DARIPADA PERKHEMAHAN INI TAK DAPAT SAYA LUPAKAN DI MANA KESIMPULANNYA AMATLAH BEERTI DAN MEMBAWA SERIBU KENANGAN PAHIT DAN MAUNG DAN SAYA AMATLAH BERTERIMA KASIH KEPADA EN. HISYAM, MALIM DAN SETAF2 PERLU SEPERI SHAWN, BOY, ABE, HISYAM KECIK, JOHN, YAZILA, HAFIS, YAZIR DAN PENSYARAH IRNG EN. ALI KIMIK DAN EN. NORASUDDIN SERTA KAK FAUZIAH , KAK ROCK DAN ZATA YANG MANA TANPA MEREKA2 INI PROGRAM INI TAKKAN BERJALAN LANCAR DAN SUKSES, DAN JUGA SAYA INGIN MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA SESIAPA YG TERLIBAT SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK LANGSUNG UNTUK MENJAYAKAN MISI INI DAN TAK LUPA JUGA PADA BOT MARIN DAN PEMANDU BAS SERTA LORI, JASA ANDA AKAN DI KENANG SAMPAI BILA2, AMIN. ALHAMDULILLAH PERKHEMAHAN OURDOOR RECREATION SR 113 , PLK PDRM SEMESTER 7 AKHIRNYA BERJAYA JUGA DAN KAMI BERASA AMAT PUAS SEKALI DAN APA ! Enjoyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy

Friday, August 21, 2009

sambungan perkhemahan pada 14/8 - 20/8/2009

Pada 16 Ogos kami memulakan water confidence di mana semua kumpulan di campakkan di tengah-tengah laut dan di kehendaki berenang dalam satu kumpulan ke pantai semula. Saya bukannya pandai berenang tapi dengan bantuan PFD saya yang takut pun memberanikan diri juga kerana yang ada dalam kumpulan 4 ini saya seorang sahaja lelaki jadi terpaksalah saya menunjukkan ketidakpanikan supaya kumpulan kami dfapat sampai semula ke pantai.

Walaupun begitu apabila sampai sahaja di pantai kaki saya telah terkena landak laut di mana sebanyak 6 duri telah tercucuk pada KAKI SAYA, AMATLAH BISANYA TETAPI EN. ALI telah memukulnya dgn selipar pada tempat yang terkena duri tersebut dan memerahnya dgn asam limau, jadi oklah, kerana saya tidak mengalami apa2 pun demam atau bisa badan jadi saya pun bersiap sedia utk acara Abseiling, tetapi dukacita kerana tidak dpt di jalankan kerana keadaan sekeliling tidak mengizinkan. so pada malamnya kami telah memulakan kelas knot dan cara2 menggunakan anduh, dapat mempelajari cara2 mengikat knot dan cara2 hendak membalut patah atau luka.

Perkhemahan di Pulau Kapas pada 14/8-20/8/2009

Assalamualaikum semua ! Saya Sarjan Mejar Mohd Fauzi b. Mohd Noor dari kelas PLK PDRM ingin melaporkan dan menceritakan tentang perkhemahan di pulau Kapas. Pada tarikh 14 hb 0gos 2009 jam 0930 perasmian outdoor recreation di rasmikan oleh Timbalan Dekan En. Borhan dan wakil daripada PDRM oleh DSP Azlan b. Abu dengan di hadiri oleh our lecturer En. Hisyam b. Chemat dan koodinator baru En. Sadeq, mapan koodinator En. Ali Kimik dan lecturer2 yg lain serta pelajar2 drp degree dan diploma.
Pada jam 1100hrs kami mula loading barang2 di dalam 4 lori polis dan siap pada jam 1300hrs, memang penat gila , tapi berjaya loading on time, dan pada jam 1700hrs kami pun berangkat ke Marang Terengganu , sampai jam 0030hrs dan singgah di surau IPD Marang utk mandi dan tidur di sana. Disebabkan air laut pasang pada jam 1000hrs jadi terpaksalah di tangguhkan bot marin pada jam 10oo pagi. Selepas loading semua equipment in the bot marin dan unload di Pulau Kapas kami pun beratur diambil oleh EN. Mazlin di mana beiau telah mengarahkan kami utk memasang khemah pusat kuat2 dan membersihkan bilik air.
Pembahagian tugas2 telah di aturkan utk memasak, membuat parit, mengorek lubang sampah,memasang letrik dan lampu, memasak, menaikkan khemah kumpulan dan fesi, membersihkan kawasan membuat rak utk kayak. Pada malam hari selepas solat maghrib kami membaca surah yasin beramai-ramai dan di ikuti dgn solat ishak. Selepas itu ice breaking dengan pengenalan diri masing2 dan kesemua fesi dan lecturer.
Keesokan harinya kami memulakan dengan solat subuh dan selepas itu turun senaman pagi dan ambil breakfast selepas tamatnya senaman

Saturday, August 8, 2009

Berkayak di Tasik Shah Alam pada 8/8/2009 hari Sabtu

Telah bangun pada awal pagi utk pergi ke UiTM Shah Alam bagi loading kayak dan bot(dingi) ke Tasik Shah Alam bersama dgn pelajar2 degree. Sampai jam 0700 pagi dan berjumpa dgn Liyana UTK TUGAS LOADING PERALATAN. Apa yg menyedihkan tak ada kerjasama yg menyeluruh bagi loading peralatan ke lori. Ini menyukarkan lagi persiapan awal, kerana pada jam 0800 akan bermulanya kelas. Tapi alhamdulillah kerana semuanya berjln lancar dan bermulanya sesi berkayak dan apa yg tak boleh dilupakan ialah sewaktu kena terbalikkan kayak, my partner tak boleh naik walaupun saya dan berpaut pada kayak, sehingga terpaksa menunggu rescue drp bot utk membawa kayak kami ke tebing bagi tujuan membuang air yg telah penuh didalam kokpit. Sehubungan dgn itu saya TELAH MEMAHAMI SATU SUBJEK YG PENTING HARI INI DIMANA SEWAKTU BERLAKUNYA KAYAK TERBALIK KITA KENA BERSUNGGUH2 UTK NAIK KE ATAS KAYAK SEMULA, KALAU TIDAK KAYAK KITA AKAN PENUH DGN AIR. Setelah apa yg terjadi kami sentiasa belajar dari kesilapan, jadi ianya akan membuatkan kami labih berhati2 dan akan cuba sedaya upaya utk belajar mengendalikan kayak dgn apa yg telah diajar oleh Pensyarah kami En. Hisyam. Dan selepas itu mengemas semula peralatan dan taklimat yg di ambil aoleh En. Hisyam tentang jadual ke Pulau Kpas dan peralatan2 yg perlu di bawa dan jam berapaq perlu hadir utk loading peralatan serta pembukaan dan perasmian outdoor recreation serta jam berapa berangkat ke Terengganu. Selepas itu balik ke rumah masing2, terlalu penat sehinggakan collapse bila sampai di rumah. Itulah serba sedikit cerita dan pengalaman kami kelas Diploma PLK PDRM, sekian terima kasih, berjumpa lagi di blog yg lain .

Wednesday, August 5, 2009

Pada 1/8/2009 kami pelajar sem 7 PLK PDRM telah mempelajari water level confidence di kolam renang UiTM Shah Alam. Saya memang tidak tau berenang dan cuba utk membuat sesuatu yg membolehkan saya pandai berenang, jadi yg pertama sekali jgn panik dan byk bertenang, jadi memang itu yg nak di praktikkan tapi bila sudah ada dlm kolam lain pula jadinya, dtg paniklah dan kelam kabut dibuatnya. Saya ni ada kisah lampau tentang air ni, sebab pernah nak lemas di pantai Batu Feringgi, P.Pinang. so inilah yg menjadi fobia pada saya sampai la ni. Pensyarah saya En. Hisyam telah mengajar kami teknik2 dan asas2 berenang serta teknik2 utk menyelamatkan orang yg dlm keadaan lemas. Selain drp itu, kami juga telah di ajar cara2 utk bernafas didalam kolam. Apa yg di ajar oleh En. Hisyam telah byk membuatkan kami menambah ilmu pengetahuan dalam bidang outdoor recreation.