Sunday, September 6, 2009

ABSEILING(DESENDING) PADA 5/9/2009 JAM 0830 PAGI DI TINGKAT 11 BANGUNAN KEJURUTERAAN UITM SHAH ALAM.







     Assalamulaikum dan salam sejahtera kepada semua yang singgah sebentar di kawasan rehat mencari ketenangan, agar dapat memberi rehat dan input yang secukupnya kepada anda semua, inshaallah.
     Pada 5/9/2009 , hari sabtu terpahatlah lagi satu sejarah buat aku, dimana kelas PLK PDRM akan menjalankan aktiviti abseiling,   tak sangka akan membuat semua kerja2 ini so  apa2 saya akan hadapinya dengan tabah, semua pun nampak  nervous juga  jadi bersabarlah banyak2. Sebagai penghulu saya akan mengetuai team PLK  PDRM dahulu supaya yang lain akan rasa confidence.
     Pada jam 0800 pagi sampai di bangunan kejuruteraan dan naik ke atas untuk membantu Feci2 dan pelajar2 degree memasang rope dan berlatih  desending  sebelum turun betul2. Sebelum membuat apa2 aktiviti kita di kehendaki membuat stretching dan membaca doa  dahulu agar perbuatan kami ini akan di jauhkan dari apa2 malapetaka yang tak diingini berlaku.
Setelah memakai peralatan untuk abseiling seperti memakai seat harness(dgn carabiner dan figure of eight), waist harness utk kami yang berbadan perkasa, helmet, rope yang diikat (boweline) serta glove.
     Apabila sampai giliran , setelah Hema dan En. Hafiz  membuat demo, maka mengucaplah banyak2 kerana apa2 pun boleh jadi, sebab mula2 tak ada confidence utk turun, tapi saya bertekad utk tidak menunjukkan perasaan takut, so dengan tidak membuang masa lagi saya pun naik melangkah pagar dan lepaskan tali safety yang bewarna merah dan kangkang kedua-dua belah kaki dan kini telah tergantung sepenuhnya pada safety line dan belay on.
     " Saya Mohd Fauzi Mohd Noor minta kebenaran untuk turun  "  itulah kata2 akhir daripada saya untuk turun abseiling dengan L shape dan semasa desending my dominant right hand memegang tali yang control brake dan my left hand tali safety line.  Memang cuak juga mula2 tapi bila dah buat dan rasa , jadi macam puas sesangat sebab tak sangka akan berjaya melakukannya.
     Rasa macam nak buat lagi, tapi keadaan tak mengizinkan di mana rasa penat dan pewai sebab puasakan dan cuaca pula panas giler, memang haus dan kering tekak, tapi kena sabar bebanyak semuanya ini dugaan. Sesudah semua selesai maka kami beratur semula , taklimat di ambil oleh En. Hisyam dan bersurai untuk hadir kelas En. Ali di fakuilti FSR. Inilah sahaja cerita2  yang telah saya mengalaminya, semuga pengalaman ini takkan dilupakan sampai mati.

2 comments:

  1. tahniah kak..akak mmg slumber je turun..takde rase tkut pn..tak mcm abg pojie kite..hehehe..fresh oren satu kak..

    ReplyDelete
  2. alamak..sori, salah org dah..jgn marah abg pojie..

    ReplyDelete