Saturday, October 24, 2009

FLYING FOX PADA 24/10/2009 JAM 0830 DI BELAKANG KOLAM RENANG.








     Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog dan dimana sahaja anda berada semuga semuanya di doakan dalam keadaan sihat hendaknya. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah kepada teman kami iaitu saudara Riduan yang mana beliau telah di kurniakan cahaya mata yang pertama merupakan anak lelaki dan semuga semuanya berjalan lancar dan baik adanya .
     Pada hari ini 24/10/2009 saya dan kawan-kawan peserta kursus Diploma Sains Sukan PLK PDRM dan E-PJJ telah membuat flying fox yang mana tempatnya dibelakang Kolam Renang.  PERLU telah membantu membawa peralatan seperti tali(kernmantel) , harness, figure eight, carabiner, pulley, glove, helmet, sling, tali pembantu untuk menarik tali utama dan tali keselamatan, guni-guni , alas untuk meletak semua peralatan dan lain-lain lagi. Bantuan telah di beri oleh kami untuk memasang dan mengikat tali (kernmantel) dari pokok yang perdunya besar di atas bukit belakang kolam dan di sambungkan ke hujung pokok satu lagi yang mana jaraknya lebih kurang 100 meter.
     Ingatkan senang nak memasangnya tetapi memerlukan kerjasama yang betul tidak berbelah bahagi kerana kalau tidak tegang tali maka melendurlah tali itu maka jatuhlah kami ke bawahlah  , jadi kerjasama memerah keringat jantan perlu untuk menegangkan tali supaya misi ini tidak gagal.  Bayangkan daripada jam 0830 sehingga jam 1100 barulah kami selesai mengikatnya.   Apabila semuanya selesai maka sampailah masa untuk kami memulakan acara yang di nanti-nantikan, di mana di kehendaki memakai harness untuk bergantung di atas tali(kernmantel) dan tali safety line juga telah diikat bersama tali utama.
     Macam biasa Encik Hisyam akan memanggil semua peserta-peserta untuk di beri taklimat ringkas tentang bagaimana cara untuk menggunapakai dan cara untuk naik flying fox ini, dan setelah taklimat selesai macam biasalah doa mesti dibacakan untuk mendoakan perjalanan acara ini agar berjalan dengan lancar dan sukses. 
     Acara ini sangat-sangat  extereme dan adventure tetapi saya tidak merasai takut macam acara abseiling, kerana saya pernah melaluinya dahulu.  Itu yang selamba je sebab dah pernah buatlah kononnya, walaupun begitu saya masih macam individu yang lain juga semuanya mesti ada debarannya.  Terima kasih di ucapkan kepada Encik Hisyam dan kumpulan PERLU yang banyak menolong kami untuk menjayakan subjek rekreasi luar ini semuga ianya akan memberikan kami satu pengalaman baru dan ilmu yang tidak terhingga nilainya, hanya Allah sahajalah yang akan membalas budi baik anda semua.
     Setelah semuanya selesai membuat flying fox maka sampailah masanya untuk kami mengemaskan semula dengan membuka semua ikatan-ikatan dan mengulung serta mengaturkan semula semuanya untuk di hantarkan ke setor FSR.   Kami selesai semuanya pada jam 1230 tengahari dan masing-masing kepenatan tetapi merasakan amat puas sesangat kerana telah menghabiskan semua acara - acara rekreasi luar yang telah di jadualkan. Syukur alhamdulillah kerana semuanya selesai dengan jayanya dan kini kami sedang menanti tarikh akhir peperiksaan rekreasi luar ini pada 8 November 2009, pada jam 1415, hari Ahad. Saya sebagai ketua kelas PLK PDRM mengambil peluang di kesempatan ini untuk mengucapkan selamat mengulangkaji pelajaran dan mengambil peperiksaan dengan jayanya. Amin. 
       

1 comment:

  1. arigato bos.. tengah puase ni.. yang baju merah tu nape lak posing mcm tu.. B.A.H.A.Y.A boss...

    ReplyDelete