Thursday, October 1, 2009

Orienteering pada 30/9/2009 jam 0930 di Taman Pertanian Malaysia, Bukit Cahaya Seri Alam, Shah Alam, Selangor

     Pada hari Rabu , 30/9/2009 jam sepatutnya 0830 bermulanya orienteering cross country ini  telah bertukar ke 0930 disebabkan hujan  turun dengan lebatnya di sekitar Kuala Lumpur dan Shah Alam, jadi rancangan yang telah di atur lebih awal telah di bawa ke hadapan.  Namun semuanya berjalan dengan lancar setelah hujan berhenti , dengan En. Hisyam telah mengambil taklimat dan menunjuk ajar cara bagaimana perjalanan orienteering ini dan di bantu oleh  staff- staff PERLU. Kami akan memulakan cross country orienteering dengan 10 check point semuanya. Mula-mula rasa kekok juga untuk memulakan orienteering ini, tapi apabila telah mendapat input-input dan tunjuk ajar , saya memahaminya dengan rasa penuh keyakinan kerana dengan petunjuk-petunjuk yang di beri saya  dapat merasakan  dapat menghabiskannya dalam  masa 2 jam.  Sebelum itu kami membuat stretching supaya dapat mengelak apa-apa kecederaan atau cramp serta kejadian yang tak diingini berlaku.
          
     Kehadiran kelas saya tidak mencukupi dengan sepenuhnya , kerana Apai , Rosmawati  dan Riduan ada masaalah dan tugas masing-masing , justeru itu cuma kami 15 orang pelajar PLK PDRM sahaja yang hadir untuk  menyahut cabaran En. Hisyam. Setelah utarakan peta ,  kami  bermulalah  dengan Sarpiah  mendahului dan seterusnya pelajar yang lain  berselang 3 minit  seorang dan sampai giliran saya pada jam 1009 dimana saya telah diberi kompas , score kad, peta dan description untuk memulakannya dengan pergi ke peta utama untuk mencatitkan 10 check point.

      Bermula dengan check point nombor 1 kod kawalan 548 Pondok Basikal  dimana saya tidak menggunakan kompas lagi kerana tidak ada bacaan bearing yang di beri jadi saya cuma bergantung pada peta sahaja  lalu mencari dan telah  menjumpainya  checkpoint yang pertama, dan punch pada score kad tersebut dan seterusnya ke check point nombor 2 kod kawalan 326 iaitu  lokasinya Surau yang mana tidak jauh dari situ.   Rasa amat seronok dan gembira kerana  telah dapat menjumpai  check point-check point , inilah yang  telah membuatkan saya begitu bersemangat sekali untuk mencari check point yang seterusnya iaitu  nombor 3 kod kawalan 333 Taman Haiwan(Taman Rusa).  Selepas itu ke nombor 4 kod kawalan 87 Kolam di mana saya telah merasakan keletihannya ,  di kehendaki menaiki bukit yang tinggi dan dengan  keberatan membawa beg galas dan pouches, membuatkan saya mengambil keputusan meringankan beg galas dengan membuang air yang di bawa kerana ianya telah melambatkan pergerakan saya, justeru itu saya terjumpa En. Hisyam di check point ke 5 kod kawalan 781 Simpang (Empangan Air Kuning) lalu menyerahkan beg galas kepada nya dan membawa dengan saya cuma sebotol air mineral sahaja .

     Saya meneruskan acara orienteering ini  dengan berlari untuk menuju ke destinasi  nombor 6 kod kawalan 280 Taman Orkid dan ke nombor 7  kod kawalan 351 Taman Cendawan(Menara) di mana kod kawalan ini mempunyai dummy yang terletak mula-mula adalah 315 yang betul-betul adalah di tingkat atas sekali, di sini kita harus berhati-hati kerana jika hendak cepat atau keletihan kita mungkin terpedaya, sebab nombornya mengelirukan.  Dari Taman Cendawan saya menuju ke Rumah 4 Musim  check point  nombor 8 kod kawalan 28 yang  mana tidak jauh lokasinya, setelah itu saya ke check point nombor 9  kod kawalan 78 Paintball dan akhir sekali  check point no 10 kod kawalan 84 Rumah Idaman .  Ini telah menyemarakkan saya untuk menghabiskan acara ini dengan mengikuti laluan Taman Koko  dan seterusnya ke penamat dalam masa 1 jam 45 saat di mana Rino telah sampai dulu daripada saya, jadi sudah tentulah saya jatuh  nombor 2, tetapi tak mengapalah kerana saya yang berusia 42 tahun  dan ini tidaklah begitu jauh ketinggalan dengan orang yg berumur 20 an.

     Selepas itu seorang demi seorang sampai dan akhirnya ke semua kami telah dapat menamatkan acara  cross country orienteering ini dengan jayanya.  Keputusan rasmi siapakah pemenangnya di istiharkan oleh  oleh En. Hisyam yang mana  acara untuk wanita telah di menangi oleh Hariati  kedua oleh Yusani dan ketiga Normala dan lelaki pula  telah di menangi oleh saya ( Fauzi), ini berlaku kerana Rino pada check point 7 kod kawalan 351 Taman Cendawan ( Menara) telah punch yang dummy iaitu  kod kawalan(315). Saya tidak menyangka perkara ini berlaku , kerana saya jangkakan potongan  masa sahaja, tetapi  dia di ambil tindakan disqualified terus, jadi tempat kedua jatuh pada Khairul dan ketiga kepada Haron.  Memang penat rasanya tetapi saya merasa  amatlah enjoy kerana pengalaman kali  pertama  ini  adalah secara individu dan  tidak akan saya lupakan, kerana  acara ini penuh dengan debaran dan cabaran. Sekian sahaja coretan saya ini, semuga mendapat komen-komen yang membina dan kutukan yang membina.

No comments:

Post a Comment