Friday, August 21, 2009

sambungan perkhemahan pada 14/8 - 20/8/2009

Pada 16 Ogos kami memulakan water confidence di mana semua kumpulan di campakkan di tengah-tengah laut dan di kehendaki berenang dalam satu kumpulan ke pantai semula. Saya bukannya pandai berenang tapi dengan bantuan PFD saya yang takut pun memberanikan diri juga kerana yang ada dalam kumpulan 4 ini saya seorang sahaja lelaki jadi terpaksalah saya menunjukkan ketidakpanikan supaya kumpulan kami dfapat sampai semula ke pantai.

Walaupun begitu apabila sampai sahaja di pantai kaki saya telah terkena landak laut di mana sebanyak 6 duri telah tercucuk pada KAKI SAYA, AMATLAH BISANYA TETAPI EN. ALI telah memukulnya dgn selipar pada tempat yang terkena duri tersebut dan memerahnya dgn asam limau, jadi oklah, kerana saya tidak mengalami apa2 pun demam atau bisa badan jadi saya pun bersiap sedia utk acara Abseiling, tetapi dukacita kerana tidak dpt di jalankan kerana keadaan sekeliling tidak mengizinkan. so pada malamnya kami telah memulakan kelas knot dan cara2 menggunakan anduh, dapat mempelajari cara2 mengikat knot dan cara2 hendak membalut patah atau luka.

No comments:

Post a Comment