Saturday, August 8, 2009

Berkayak di Tasik Shah Alam pada 8/8/2009 hari Sabtu

Telah bangun pada awal pagi utk pergi ke UiTM Shah Alam bagi loading kayak dan bot(dingi) ke Tasik Shah Alam bersama dgn pelajar2 degree. Sampai jam 0700 pagi dan berjumpa dgn Liyana UTK TUGAS LOADING PERALATAN. Apa yg menyedihkan tak ada kerjasama yg menyeluruh bagi loading peralatan ke lori. Ini menyukarkan lagi persiapan awal, kerana pada jam 0800 akan bermulanya kelas. Tapi alhamdulillah kerana semuanya berjln lancar dan bermulanya sesi berkayak dan apa yg tak boleh dilupakan ialah sewaktu kena terbalikkan kayak, my partner tak boleh naik walaupun saya dan berpaut pada kayak, sehingga terpaksa menunggu rescue drp bot utk membawa kayak kami ke tebing bagi tujuan membuang air yg telah penuh didalam kokpit. Sehubungan dgn itu saya TELAH MEMAHAMI SATU SUBJEK YG PENTING HARI INI DIMANA SEWAKTU BERLAKUNYA KAYAK TERBALIK KITA KENA BERSUNGGUH2 UTK NAIK KE ATAS KAYAK SEMULA, KALAU TIDAK KAYAK KITA AKAN PENUH DGN AIR. Setelah apa yg terjadi kami sentiasa belajar dari kesilapan, jadi ianya akan membuatkan kami labih berhati2 dan akan cuba sedaya upaya utk belajar mengendalikan kayak dgn apa yg telah diajar oleh Pensyarah kami En. Hisyam. Dan selepas itu mengemas semula peralatan dan taklimat yg di ambil aoleh En. Hisyam tentang jadual ke Pulau Kpas dan peralatan2 yg perlu di bawa dan jam berapaq perlu hadir utk loading peralatan serta pembukaan dan perasmian outdoor recreation serta jam berapa berangkat ke Terengganu. Selepas itu balik ke rumah masing2, terlalu penat sehinggakan collapse bila sampai di rumah. Itulah serba sedikit cerita dan pengalaman kami kelas Diploma PLK PDRM, sekian terima kasih, berjumpa lagi di blog yg lain .

No comments:

Post a Comment