Saturday, August 22, 2009

Sambungan perkhemahan di Pulau Kapas pada 14/8 - 20/8/2009

Banyak yang telah kami pelajari drp perkhemahan ini di mana kena water level confidence di tengah-tengah laut dan orientering iaitu membaca kompas untuk mencari check point2 ( bearing) dan kena berjalan merentasi hutan Pulau Kapas , di mana kumpulan Diploma semuanya berjaya sampai di lokasi masing2 dan pulang dengan jayanya. Acara seterusnya ialah berkayak mengelilingi Pulau Kapas dan snockling serta capesiaza(terbalikkan kayak dan naik semula ke kayak) saya telah pandai berkayak dan tidak takut lagi dengan air di sebabkan water confidencelah so saya TELAH BERJAYA snockling dan capesiaza dimana saya dengan partner saya Sharifah Nor berjaya menolong kumpulan lain kerana En. Hisyam memberi tempoh masa di mana mula2 kami telah gagal untuk naik semua dalam tempoh yang di beri, so second chance in 8 minutes kami telah berjaya naik semula ke kayak dengan semangat berkumpulan, akhirnya sukses juga dan berkayak pulang ke campside. Sebelum itu , malam semalam kami telah di beri tugasan mencari harata karun dengan lagu lemak manis yg mana di kelolakan oleh Lenny and the degree geng, di mana kumpulan saya (kumpulan 4) telah berjaya memenanginya dengan kumpulan yang pertama sampai dengan harta karun tersebut pada jam 0305 pagi.
Sampai di Campside saya telah melaporkan kepada Pensyarah bertugas iaitu En. Norasuddin yang kami kesemuanya 24 orang telah selamat pulang dengan jayanya dan berjaya melakukan kayak, snockling dan capesiaza dan bersedia untuk program seterusnya. Mendapat tahu drp En. Hisyam kena beratur untuk acara seterusnya pada jam 1600hrs. Tepat jam 1600hrs arahan di ambil oleh Cik Yazila iaitu survivor di dalam hutan dengan hanya berbekalkan 2 air mineral, satu kanvas 2x4 meter, satu lampu suluh, satu paket kecil beraqs, 2 ubi kentang, satu biji telur, sedikit kopi, sedikit garam, 5 batang mancis, kain pelikat utk sembahyang, sejadah, baju hujan atau baju sejuk dan sebilah parang. ARAHAN YANG DI TERIMA cuma boleh beergerak dalam linkungan 20 meter depan, belakang,kiri dan kanan dan di beri kod rahsia ( LINTAH BATU).
Kumpulan saya (kump. 4) telah di tempatkan di belakang rumah biru iaitu saya , Kamisah, Sharifah Nor Dan Norazlina. Mula-mula kami membersihkan kawasan dan memasang kanvas sebagai bumbung dan mengambil daun2 sebagai alas untuk tidur selain baju hujan. Saya membuat rotation tugas senteri untuk menjaga keselamatan masing2. Selepas itu pergi cari kayu kering untuk menghidupkan unggun api di 4 penjuru kami. Dalam pada itu ada satu generator sedang hidup, amatlah bvising sekali sampai tenggelam bunyi hutan, tapi bila nak tgh malam ada orang telah switch off kan generator tersebut dan kala itulah bermacam-macam bunyi telah saya dengar. Yang peliknya api yang kami hidupkan tadi yang cantik semaraknya telah di padamkan, mengapa jadi begini? so saya pun mengipas nya bagai separuh gila, tapi padam semula, yang tiga perempuan tadi telah pun tidur, jadi saya terpaksa menggunakan lampu suluh untuk menerangi kawasan dan ketika itulah saya ternampak bayang budak tengah mengintai kami, naik bulu roma saya, tetapi sayA DIAM SAHAJA kerana takut mereka ini nanti cabut lari. Saya pun banyak membaca ayat kursi so tak delah di kacau lagi until morning.
Pada paginya saya telah masuk ke rumAH BIRU TERSEBUT UNTUK mengambil papan buat alas untuk tidur di sebelah rumah biru tersebut dan bila tidur ada sahaja yang mengacau macam ada orang berjalan dekat saya dan membuatkan saya terkejut selalu, ini yang membuatkan saya tak jadi tidur semula. Kami survive dengan memakan isi dan air kelapa kering yang terdapat di tempat 20 meter dari tempat kami. Saya ada membuang air kecil di sekitar rumah biru tersebut tetapi saya ada meminta izin dengan "TABIK DATOK ANAK CUCU TUMPANG KENCING" ini yg di ajar oleh mak saya masa kecik2 dulu, Alhamdulillah saya taklah di ganggu oleh apa2 anasir yang mempunyai niat jahat terhadap kump. kami. so lapar dan dahaga jangan cakaplah, memang haus dan lapar gila ketika itu hanya Allah sahaja yg tau. Bila muhabah diri macam ini mulalah teringat macam2 , iaqitu teringat kat maklah dan keluarga, memang mencabar betul jati diri ini, sampailah EN. HISYAM SAMPAI - ada bertnyakan tentang kisah sedih yang menimpa saya dan ahli kump. berlinang air mata berceritakan tentang kisah mak dan famili saya dulu2, selepas itu kami balik ke camp side untukmakan bubur dan membuat persiapan jamuan makan malam barbeque dan persembahan drp kumpulan2, selesai jam 0100 pagi balik ke khemah untuk berkemas.
Pada esoknya berkemas untuk pulang, dengan jatuhkan khemah masing2 dan khemah pusat serta membuang semua sampah sarap dan membersihkan kawasan keliling. Tepat jam 1015 pagi bot marin telah sampai , jadi kami pun loading semua barang2 dqan beg2 ke bot dan sampai di Jeti Chendering, di mana lori polis dan bas sedang menunggu untuk balik semula ke KL dan UiTM Shah Alam. Setelah berpeluh-peluh kami singgah di IPD Marang untuk mandi manda dan solat, selepas itu bergerak balik sampai paDA JAM 0200 PAGI 20/8/2009 di Pulapol KL. pENGALAMAN YANG DAPAT DARIPADA PERKHEMAHAN INI TAK DAPAT SAYA LUPAKAN DI MANA KESIMPULANNYA AMATLAH BEERTI DAN MEMBAWA SERIBU KENANGAN PAHIT DAN MAUNG DAN SAYA AMATLAH BERTERIMA KASIH KEPADA EN. HISYAM, MALIM DAN SETAF2 PERLU SEPERI SHAWN, BOY, ABE, HISYAM KECIK, JOHN, YAZILA, HAFIS, YAZIR DAN PENSYARAH IRNG EN. ALI KIMIK DAN EN. NORASUDDIN SERTA KAK FAUZIAH , KAK ROCK DAN ZATA YANG MANA TANPA MEREKA2 INI PROGRAM INI TAKKAN BERJALAN LANCAR DAN SUKSES, DAN JUGA SAYA INGIN MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA SESIAPA YG TERLIBAT SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK LANGSUNG UNTUK MENJAYAKAN MISI INI DAN TAK LUPA JUGA PADA BOT MARIN DAN PEMANDU BAS SERTA LORI, JASA ANDA AKAN DI KENANG SAMPAI BILA2, AMIN. ALHAMDULILLAH PERKHEMAHAN OURDOOR RECREATION SR 113 , PLK PDRM SEMESTER 7 AKHIRNYA BERJAYA JUGA DAN KAMI BERASA AMAT PUAS SEKALI DAN APA ! Enjoyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy

4 comments:

  1. Salam,
    Cerita yg menarik, tp kalau ade gambo lg tgkap leleyh ar...
    hehehe...
    Saya rasa bertuah sebab dpt joinventure ngan group plk-pdrm dan e-pjj.
    Komitmen semua bagus dan hepi jer...
    Thanks to you all...
    Akhirnya sebuah harapan dah menjadi kenyataan dan telah pun menjadi memori sepanjang hayat dan xmungkin pengalaman ini dapat dijual beli oleh sesiapa...
    Good Luck!
    Wassalam...

    ReplyDelete
  2. salam abg pojie..

    dr pengalaman yg diceritakan sy dpt gambarkan abg poije act as 'hero' in a group sey..jeng2..he2.

    1 lg abg pojie kasi turun itu ilmu ttg "TABIK DATOK ANAK CUCU TUMPANG KENCING" sma sy bole?. mcm bes bunyinya..

    ReplyDelete
  3. Salam En. Fauzi..
    Terima kasih juga diucapkan kerana sentiasa mengikut arahan dan memberi kerjasama kepada kami. Kami pun banyak belajar dari anda semua. Pengalaman yg anda semua alami ketika di Pulau Kapas mmg tidak dapat diperolehi dimana mana dan hanya anda sahaja yg memahaminya...

    ReplyDelete
  4. saya ingin mengucapkan terima kasih atas komen2 yg yang memberi erti yg bernas dan memberi sedikit sebanyak semangat kpd saya utk meneruskan perjuangan ini samPai berjaya kelak, TQ, ARIGATO GOZAIMAS SEMUA, MUAHHHHHHHHHHH

    ReplyDelete